MINGGU 2

Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik, dan teks.
  • Mengumpul bahan daripada Internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.
  • Menggunakan folder dalam perkomputeran awam untuk berkongsi bahan contohnya Google Drive/Dropbox.
  • Menggalakkan usaha kolaboratif dalam perkongsian bahan.
Apa itu ‘Enjin Pencari’?

Merupakan softwawre yang digunakan untuk mencari maklumat.
‘Enjin pencari’ dicipta pihak tertentu bagi mencari maklumat dengan meletakkan kata kunci pada ruang yang telah disediakan.
Kata kunci mestilah tediri daripada perkataan yang ringkas atau sasaran maklumat yang hendak kita dapatkan.

Tujuan dan Jenis Enjin Pencari.

› Tujuan (konteks pendidikan)
  • Mencari bahan pengajaran dan pembelajaran yang interaktif.
  • Memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan.
› Jenis ‘enjin pencari’
  • www.google.com
  • www.yahoo.com
  • www.eHow.com
  • www.bing.com
  • www.wikiHow.com
  • www.ask.com

Dimanakah enjin pencari dapat dilihat:

tempat enjin pencari dapat dilihat ialah seperti di bawah,

Contoh 1:



Contoh 2:



Cara Mengkategorikan Maklumat:
  • Video
  • Gambar
  • Ruangan 
  • Lagu
  • Multi
  • Permainan
  • Perniagaan
Bagaimana mendapat maklumat di internet?
  • Mengenalpasti tajuk.
  • Memilih kata kunci mengenai tajuk atau bahan yang ingin dicari.
  • Memilih enjin pencarian yang tepat.
  • Menyemak kesesuaian maklumat atau bahan yang dijumpai. (cuba guna enjin pencari yang berlainan)
  • Mengulangi proses pencarian sekiranya perlu.


OBJEKTIF KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR TAHUN 1

Objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:

Objektif 1
Mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi dalam persekitaran dengan teliti dan betul;

Tajuk Bahan
:
Bunyi Haiwan (Ayam, Kucing dan sebagainya) - Audio
Kesesuaian bahan dengan kemahiran
:

Bahan ini merupakan kompilasi daripada bunyi-bunyi haiwan yang telah diketahui oleh murid. Murid diminta untuk mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi dalam persekitaran dengan teliti dan betul








Objektif 2
Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa dengan betul;

Tajuk Bahan
:
Suku kata - video
Kesesuaian bahan dengan kemahiran
:

Bahan ini memudahkan murid untuk menyebut suku kata dengan betul dan membentuk menjadi satu perkataan yang bermakna






Objektif 3
Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat;

Tajuk Bahan
:
Kebun atuk
Kesesuaian bahan dengan kemahiran
:

Bahan (teks) ini merupakan cerita tentang ‘Kebun Atuk’. Cerita ini mengandungi pelbagai perkataan dan ayat yang merupakan ayat majmuk, perkataan vokal berganding dan konsonan bergabung. Guru boleh menyebut perkataan tersebut berdasarkan cerita yang dibaca.

Ayat majmuk
:
Saya suka makan buah durian dan manggis
Vokal berganding:
:
buah, durian, keluarga,
Konsonan bergabung :
:
Rambutan, kampung











Objektif 4
Mendengar, memahami dan menyebut frasa dan ayat tunggal dengan betul dan tepat;

Tajuk Bahan
:
Hikayat Sang Kancil Dan Monyet (Video)
Kesesuaian bahan dengan kemahiran
:

Bahan video ini merupakan cerita tentang Sang Kancil Dan Monyet. Cerita ini mengandungi pelbagai dialog antaranya yang dikesan adalah penggunaan ayat tunggal. Contohnya, guru boleh menyebut contoh ayat majmuk dan ayat tunggal berdasarkan cerita.
Ayat tunggal
:
Monyet sangat degil.









Objektif 5
Mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul;

Tajuk Bahan
:
Lagu pesan ibu
Kesesuaian bahan dengan kemahiran
:

Bahan video ini merupakan sebuah lagu yang berunsurkan nasihat dan pesanan. Murid boleh memberikan respons secara lisan atau gerak laku berdasarkan soalan yang diberikan oleh guru selepas mendengar dan memahami lagu
tersebut. Murid akan menyatakan jawapan mengikut turutan yang betul.


1 comment: