Sunday 14 September 2014

PBS FASA 3 : SK DATU PENGIRAN MOHAMAD OYA

KENANGAN ITU

Ada sebahagian kenangan
yang kita takkan mampu
untuk membuangnya dari hidup

Ada sesetengah memori
yang kita takkan sanggup
untuk mengusirnya dari hati

Bukan ego,
bukan takut untuk melepaskan
tapi kenangan itu,
memori itu,
terlalu indah apabila dikenang
terlalu manis apabila direnung kembali.

Dan kita,
akan terus berpaut pada kenangan itu
walau terkadang
ada air mata yang mengalir
Kerana di sebalik air mata itu,
ada senyum yang pernah terukir..
kerana kenangan itu.









Friday 29 August 2014

Apakah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer???

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer merupakan satu kaedah pengajaran yang disampaikan menggunakan gabungan antara komputer, pakej perisian, sistem talian dalam mengakses kemudahan internet. Penggunaan kaedah ini terutama dalam menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah dan afektif memerlukan penggunaan aplikasi perisian komputer, mengakses maklumat melalui internet dan aplikasi persembahan elektronik seperti perisian “Powerpoint”. Aplikasi komputer ini penting untuk tujuan menyampaikan persembahan dengan lebih menarik dan berkesan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan perisian pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan komputer berkemampuan mempersembahkan maklumat dengan menarik serta menyimpan dan mengawal maklumat dengan baik.Tambahan kini perisian komputer dapat berinteraksi secara terus kepada pengguna. Kecanggihan penggunaan komputer ini mendatangkan kebaikan dan keburukan jika tidak diaplikasi secara berkesan.

Kaedah pengajaran berbantukan komputer ini hanyalah merupakan suatu bahan bantu kepada guru dan tidak merubah fungsi guru di dalam kelas. Komputer yang digunakan sebagai bahan bantu dalam pengajaran bahasa perlu digunakan secara terancang dan pelbagai aspek hendaklah diteliti dan diambil kira untuk mencapai cita-cita murni yang diharapkan. Pengajaran berbantukan komputer perlu digunakan secara terancang dan kesesuaian perlu diteliti agar dapat meningkatkan penguasaan kemahiran komputer dan kemahiran berbahasa berbantukan komputer.