KENANGAN ITU
Ada
sebahagian kenangan
yang kita
takkan mampu
untuk
membuangnya dari hidup
Ada
sesetengah memori
yang kita
takkan sanggup
untuk
mengusirnya dari hati
Bukan
ego,
bukan
takut untuk melepaskan
tapi
kenangan itu,
memori
itu,
terlalu
indah apabila dikenang
terlalu
manis apabila direnung kembali.
Dan kita,
akan
terus berpaut pada kenangan itu
walau
terkadang
ada air
mata yang mengalir
Kerana di
sebalik air mata itu,
ada
senyum yang pernah terukir..
kerana
kenangan itu.